4 Februari 2016

Latif Ibrahim & Khatijah Ibrahim - Pandang Memandang


Hai, sorang je nampaknya ni
Nak ke mana
Ahh..tanya-tanya pulak.
Hai, tanya pun tak boleh

♪Sudah lama asyik pandang-pandang♫...
♪Tanya sana dan tanya sini♫...
♪Hingga kini masih kesorangan.. ♫
Belum jumpa idaman hati.♪...

Laki-laki kalau tidak tetap fikiran
Memang susah nak bertemu pasangan
Kau tak suka si pendiam
Gadis bijak kau terancam
Sampai ke tua hidup membujang

Ulang ♪♫

Perempuan yang cerewet usah dilayan
Nanti hanya akan menambah bebanan
Ada hati nak memilih
Tapi sayang tak terpilih
Membilang hari umur terlebih

Ulang ♪♫

Laki-laki hari tidak berbeza
Bujang duda yang beristeri sama sahaja
Janji sana janji sini
Tapi satu tak tepati
Akhirnya wanita yang makan hati

Ulang ♪♫

Perempuan yang budiman sukar dicari
Sama lagak dara janda yang bersuami
Kalau pandang paras gaya
Mana intan mana kaca
Bijak lelaki terjerat juga

Ulang ♪♫